Joint Meetup Bersama HackerspaceJB

Buat julung-julung kalinya, kami berjaya mengadakan meetup bersama antara komuniti Hackerspace JB.

Selain Hackerspace JB, kami juga menerima tetamu istimewa saudara Jasdy Syarman mewakili komuniti JomWeb dan beliau berkongsi maklumat ringkas berkaitan acara JomLaunch 4.0 yang dirancang pada November akan datang.

Antara pengisian meetup kali ini:-

  • Lokman Azli berkongsi berkaitan cloud management tools - XenServer.
  • Perkongsian menarik daripada Irfan Radzi berkaitan Hermo, startup yang memfokus kepada jualan produk kosmetik secara online. Beberapa info menarik:-
    • Top page adalah Profile page - kenapa ? Dia serahkan kepada kita semua utk cari jawapan.
    • Top keyword - On sale
    • People shop more on weekdays
    • 54% usage from desktop.
    • Tuan Muhamad Hanafiah juga berkongsi info pasal Visual Website Optimizer (VWO) utk tujuan A/B split test.
  • Charles daripada The Hangout Malaysia berkongsi info berkenaan Iskarnival Kreatif dan startup accelaration program oleh City University London yang berpusat di Legoland, Johor. Scene IT di Johor nampak semakin menarik sekarang.
Written on September 3, 2016