Apa Yang Kami Belajar Daripada CTO Kreydle Berkaitan Startup ?

Dalam acara meetup bulanan JomWeb Johor untuk bulan September 2015 baru-baru ini, kami berkesempatan menjemput CTO Kreydle, Tuan Muhamad Hanafiah untuk membuat perkongsian pengalamannya membangunkan syarikat tersebut.

Antara perkongsian berguna kami dapat dalam sesi tersebut adalah:-

  1. Terokai pasaran global.
  2. Elakkan key-person dengan kepakaran yang sama - diversify.
  3. Outsource - lebih efektif daripada sudut kos berbanding mempunyai pekerja tetap ( bagi kerja-kerja bermusim/on-off ), di Kreydle.. design bukanlah business utama.. jadi outsource bahagian design lebih efektif berbanding menggajikan pekerja tetap untuk bahagian ini.
  4. Hasilkan produk asas yang boleh digunakan - Minimum Viable Product (MVP) dalam masa 3 bulan. ~ bacaan yang menarik https://gettingreal.37signals.com/
  5. Dalam masa yang sama, hasilkan produk sampingan yang boleh menghasilkan tunai dengan cepat. Kreydle banyak menghasilkan video tutorial yang dijual di Udemy.
  6. Jika ada staff yang tidak perform, pecat cepat2 (setelah melalui prosedur sewajarnya). Jika tidak, ia akan menjadi beban kepada Startup. Ingat! fasa 3 tahun awal adalah fasa survival untuk Startup.
  7. Beberapa seni bina Pangakalan Data (Database Architecture) SAAS (Software as a service).

Jika anda berminat menyertai meetup akan datang, sertai Group Facebook kami agar tidak ketinggalan sebarang aktiviti yang kami anjurkan - https://fb.me/groups/jomwebjohor.

Written on September 19, 2015